Program Motivasi & Kepimpinan Islam (PMKI) Bagi Siswa-Siswi Tahun 1 & 2 Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Haji Hassanal Bolkiah


Seramai 75 orang siswa-siswi telah menyertai Program Motivasi & Kepimpinan Islam Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan kerjasama dari Belia Da’ie Pusat Da’wah Islamiah. Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada hari Rabu, 6 November 2024 hingga hari Khamis, 7 November 2024 bertempat di Dewan Persidangan, Pusat Da’wah Islamiah dan di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Pada hari pertama, program dimulakan dengan sesi perkongsian bertajuk ‘Budaya Jahiliyyah di Era Digital: Adakah Kita Sedang Kembali Ke Masa Lalu?’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Siti Hurul-Ain Diyana binti Haji Abd Majid @ Vieana, penceramah program. Program diteruskan dengan aktiviti Ice Breaking, bengkel motivasi dan sesi pembentangan dari para peserta. Sesi petang diikuti dengan bengkel kepimpinan yang dikendalikan oleh Ustazah Najiah binti Abdullah, salah seorang fasilitator progam.
Majlis Penutup Program Motivasi & Kepimpinan Islam ITQSHHB diadakan pada hari Khamis petang, bertempat di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Ali Sabri bin Haji Yusof, Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Qur’an, Surah An-Nisaa’, ayat 58 hingga ayat 59 yang disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Faiz Najwan bin Muhammad Saleh sementara intisari ayat dibacakan oleh Yang Mulia Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi diikuti dengan Lagu Kebangsaan dan sesi bergambar ramai.
Majlis seterusnya diikuti dengan ucapan dari wakil Belia Da’ie iaitu Yang Mulia Hajah Rasyidah binti Osman, Ketua Urus Setia program dan disusuli dengan ucapan dari wakil Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat iaitu Yang Mulia Hadif Nazhan bin Idris, siswa Tahun 2. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan tayangan video dan tazkirah Da’ie Open Mic dari siswa-siswi Tahun 1. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil anugerah dan hadiah serta ucapan ikrar yang diketuai oleh Yang Mulia Muhammad Nur Safwan bin Awang Asli, siswa Tahun 2.

Disediakan oleh Ustazah Hazirah binti Haji Hazilan, Penolong Pensyarah Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat.

2023 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam
PRIVACY POLICY   DISCLAIMER   TERM OF USE