MAJLIS DOA KESYUKURAN BERSEMPENA 30 TAHUN PENUBUHAN INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

​Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.​

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, jemputan-jemputan khas, para pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar ITQSHHB.

Majlis ini diadakan antara lain bertujuan sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan meraikan penubuhan ITQSHHB yang telah mencecah 30 tahun di samping untuk mengukuhkan sillaturrahim antara pihak-pihak berkepentingan (stakeholders), mantan-mantan pengetua dan tenaga pengajar serta alumni ITQSHHB.

Penghargaan:​

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penaja yang turut menjayakan majlis ini:

  • SYARIKAT El ABQARI TRAVEL & TOURS @elabqaritraveltours
  • PASAR RAYA ONE STATION @onestationsupermarket
  • AMJ ENTERPRISE @amjenterprise.bn
  • Datastream Digital Sdn Bhd (DST) @dstbn
  • IDEAL BRUNEI @idealbrunei
  • SYARIKAT MARIMIN SDN. BHD. @mariminbrunei
  • S & H SDN BHD
 
 







2023 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam
PRIVACY POLICY   DISCLAIMER   TERM OF USE