MAJLIS KHATAM HAFAZ 30 JUZ’ AL-QURAN 1445H / 2024M

Seramai 98 orang pelajar iaitu 43 orang pelajar lelaki dan 55 orang pelajar perempuan menyertai Majlis Khatam Hafaz 30 Juz' Al-Quran yang diadakan di Musolla, ITQSHHB.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama. Turut hadir, Yang Mulia Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diketuai oleh Tetamu Kehormat. Diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas diketuai oleh Yang Mulia Ahmad Darwish bin Hamdan dan disusuli dengan bacaan Doa Khatam oleh Yang Mulia Muhd. Yusof Haikal bin Mohd. Hashim.

Acara diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Khatam Hafaz 30 Juz' Al-Quran oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada para peserta khatam. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan oleh Yang Mulia Mohd. Darul Irsyad bin Mohd Jeffery.







2023 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam
PRIVACY POLICY   DISCLAIMER   TERM OF USE