| | 7/3/2023 | Jerayawara “Lakastah Menghafal Al-Quran” Pengambilan Pelajar-Pelajar Baharu Peringkat Menengah (Tahun 7) Sesi Pengajian 2024M | http://itqshhb-mora-stg.egc.gov.bn/PublishingImages/Jerayawara%20%E2%80%9CLakastah%20Menghafal%20Al-Quran%E2%80%9D/Picture1.jpg | Published | No | Jerayawara “Lakastah Menghafal Al-Quran” Pengambilan Pelajar-Pelajar Baharu Peringkat Menengah (Tahun 7) Sesi Pengajian 2024M.




|
| | 7/1/2023 | Sabtu, 01 Julai 2023M, bersamaan 12 Zulhijjah 1444M Depan Lobi Blok Pentadbiran, Kampus Kekal ITQSHHB
| http://itqshhb-mora-stg.egc.gov.bn/PublishingImages/Jerayawara%20%E2%80%9CLakastah%20Menghafal%20Al-Quran%E2%80%9D/News2-1.jpg | Published | No | Majlis Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha Bagi Tahun 1444H/2023M Sabtu, 01 Julai 2023M, bersamaan 12 Zulhijjah 1444M Depan Lobi Blok Pentadbiran, Kampus Kekal ITQSHHB
|
| | 6/27/2023 | Selasa, 27 Jun 2023M bersamaan 8 Zulhijjah 1444H Surau, Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan
| http://itqshhb-mora-stg.egc.gov.bn/PublishingImages/Jerayawara%20%E2%80%9CLakastah%20Menghafal%20Al-Quran%E2%80%9D/News3-3.jpg | Published | No | Johan Qari: Muhammad Yusuf Haikal Bin Mohamad Hashim, ITQSHHB Johan Qariah : 'Aisyah Humairah Binti Haji Aji, ITQSHHB |
| | 7/27/2023 | Selasa, 27 Jun 2023 Dewan Kuliah, Blok Pengajian 2, Kampus kekal ITQSHHB
| http://itqshhb-mora-stg.egc.gov.bn/PublishingImages/Jerayawara%20%E2%80%9CLakastah%20Menghafal%20Al-Quran%E2%80%9D/News4-1.jpg | Published | No | Takrim Wa Tanshib Majlis Perwakilan Pelajar ITQSHHB
Selasa, 27 Jun 2023 Dewan Kuliah, Blok Pengajian 2, Kampus kekal ITQSHHB |
| | 6/24/2023 | Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama. | http://itqshhb-mora-stg.egc.gov.bn/PublishingImages/Jerayawara%20%E2%80%9CLakastah%20Menghafal%20Al-Quran%E2%80%9D/News5-4.jpg | Published | No | Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, jemputan-jemputan khas, para pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar ITQSHHB. Majlis ini diadakan antara lain bertujuan sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan meraikan penubuhan ITQSHHB yang telah mencecah 30 tahun di samping untuk mengukuhkan sillaturrahim antara pihak-pihak berkepentingan (stakeholders), mantan-mantan pengetua dan tenaga pengajar serta alumni ITQSHHB.
Penghargaan:
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penaja yang turut menjayakan majlis ini: - SYARIKAT El ABQARI TRAVEL & TOURS @elabqaritraveltours
- PASAR RAYA ONE STATION @onestationsupermarket
- AMJ ENTERPRISE @amjenterprise.bn
- Datastream Digital Sdn Bhd (DST) @dstbn
- IDEAL BRUNEI @idealbrunei
- SYARIKAT MARIMIN SDN. BHD. @mariminbrunei
- S & H SDN BHD

|
| | 3/6/2024 | MAJLIS ‘AIDUL WATAN AL-MUBARAK SEMARAK HARI KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-40, TAHUN 2024 | https://itqshhb.edu.bn/PublishingImages/BERITA%20TERKINI/AIDUL%20WATAN%201.jpg | Published | No | 
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, tahun 2024, ITQSHHB telah mengadakan Majlis 'Aidul Watan Al-Mubarak Semarak Hari Kebangsaan yang telah diadakan di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampong Sungai Akar.
Di samping Solat Magrib dan Isya’ Berjemaah, majlis juga disemarakkan dengan bacaan Surah Al-Mulk beramai-ramai, bacaan Doa Khatam, Doa Khas Sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 Tahun, Doa Allah Peliharakan Sultan, Sayyidul Istigfar dan Selawat Tafrijiyyah.
Majlis dihadiri pegawai-pegawai dan kakitangan ITQSHHB, para pelajar dan siswa-siswa serta orang ramai.
|
| | 3/21/2024 | Seramai 98 orang pelajar menyertai Majlis Khatam Hafaz 30 Juz’ Al-Quran | https://itqshhb.edu.bn/PublishingImages/Forms/Thumbnails.aspx?RootFolder=%2FPublishingImages%2FBERITA%20TERKINI&FolderCTID=0x0120002B25819B3DEC904D9024A73F3672F9F3&View=%7B6E7F42AD%2D1FEF%2D4FBF%2DBBC1%2DFF3F6B9E2847%7D# | Published | No | Seramai 98 orang pelajar iaitu 43 orang pelajar lelaki dan 55 orang pelajar perempuan menyertai Majlis Khatam Hafaz 30 Juz' Al-Quran yang diadakan di Musolla, ITQSHHB. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama. Turut hadir, Yang Mulia Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diketuai oleh Tetamu Kehormat. Diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas diketuai oleh Yang Mulia Ahmad Darwish bin Hamdan dan disusuli dengan bacaan Doa Khatam oleh Yang Mulia Muhd. Yusof Haikal bin Mohd. Hashim. Acara diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Khatam Hafaz 30 Juz' Al-Quran oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada para peserta khatam. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan oleh Yang Mulia Mohd. Darul Irsyad bin Mohd Jeffery. 

 
|
| | 5/6/2024 | Seramai 17 orang siswa dan 21 orang siswi telah mengikuti pengajian Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat ITQSHHB bagi kemasukan tahun 1445H bersamaan 2024M. | https://itqshhb.edu.bn/PublishingImages/BERITA%20TERKINI/kemasukan%20daq%202024%202.JPG | Published | No | Isnin, 27 Syawal 1445H bersamaan 06 Mei 2024M Seramai 17 orang siswa dan 21 orang siswi telah mengikuti pengajian Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat ITQSHHB bagi kemasukan tahun 1445H bersamaan 2024M. Majlis penerimaan siswa-siswi berkenaan telah diadakan di Dewan Kuliah, kampus kekal ITQSHHB.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah, Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang juga selaku akli jawatankuasa Akademik dan Peperiksaan ITQSHHB.

|
| | 6/10/2024 | Permohonan Mengikuti Pengajian Peringkat Menengah Sesi 2025M bermula pada 10 Jun 2024 hingga 3 Ogos 2024 | Permohonan Mengikuti Pengajian Peringkat Menengah Sesi 2025M | Published | No |

Borang permohonan boleh diisi secara dalam talian bermula 10 Jun hingga 03 Ogos 2024M melalui pautan berikut : https://kemasukanitq2025.my.canva.site/ Bagi pemohon yang mempunyai kesulitan untuk mengisi borang dalam talian, pihak ITQSHHB akan menyediakan bantuan kepada pemohon untuk mengisi borang dalam talian. - Bantuan tersebut akan disediakan di Blok Pentadbiran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175 Km. 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, BA 2112, Negara Brunei Darussalam.
- Waktu operasi sebelah pagi sahaja iaitu jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari bermula 9 Julai 2024M hingga 3 Ogos 2024M yang akan dibukakan Setiap Hari Selasa dan Hari Khamis.
- Dikehendaki membawa dokumen yang berkaitan (sila rujuk borang pendaftaran).
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi melalui nombor telefon 2222090 / 2222093 / 2222096 sambungan 229 / 230 atau 8165297 atau e-mel pendaftaran@itqshhb.edu.bn
|
| | 6/19/2024 | Satu ekor sapi telah dikorbankan semasa Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidil Adha tahun 1445H bersamaan 2024M. Majlis berlangsung di perkarangan, blok pentadbiran, kampus kekal Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. | https://itqshhb.edu.bn/PublishingImages/BERITA%20TERKINI/5.jpg | Draft | No | 
|
| | 11/12/2024 | Pada hari Khamis, 01 hb Rabiulawal 1446H bersamaan 05 hb September 2024, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan Majlis Haflut Takharruj kali ke dua belas. | https://itqshhb.edu.bn/PublishingImages/BERITA%20TERKINI/HT12-40.jpg | Published | Yes |  
Pada hari Khamis, 01 hb Rabiulawal 1446H bersamaan 05 hb September 2024, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan Majlis Haflut Takharruj kali ke dua belas.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan penganugerahan syahadah (sijil) Diploma Aliyah Qira'at.
Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Majlis dimulakan dengan persembahan Hafazan Ayat-ayat Suci Al-Qur'an, Surah Al-Balad, ayat 1 hingga ayat 20 dengan Riwayat Al-Bazzi dari Ibnu Kathir yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Awadah Binti Awang Mohamad Ariffin sementara intisari ayat dibacakan oleh Yang Mulia Dayang Nurqamariah Binti Kepli diikuti dengan sembah alu-aluan dari Menteri Hal Ehwal Ugama.
Pengurniaan syahadah Diploma 'Aliyah Qira'at kali ini terdiri daripada 11 penerima pangkat Mumtaz (Cemerlang) , 6 penerima pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) 1 penerima pangkat jayyid (Baik) dan 2 penerima pangkat Maqbul (Lulus). Penganugerahan Diploma 'Aliyah Qiraat Al-Quran kepada para graduan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah sebagai pengiktirafan atas kejayaan para siswa-siswi khusus dalam bidang Hafazan Al-Quran dan ilmu Qiraat.
Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil graduan Diploma 'Aliyah Qiraat yang akan disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Nurmazrina Binti Abdul Mahmod. Seterusnya laungan Saiyyidul Istighfar dikumandangkan oleh kumpulan siswa tahun satu Diploma 'Aliyah Qiraat.
Bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.
Disediakan oleh: Nurunnabilah binti Awang Haji Adanan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam |
| | 11/16/2024 | Seramai 75 orang siswa-siswi telah menyertai Program Motivasi & Kepimpinan Islam Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan kerjasama dari Belia Da’ie Pusat Da’wah Islamiah. Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada hari Rabu, 6 November 2024 hingga hari Khamis, 7 November 2024 bertempat di Dewan Persidangan, Pusat Da’wah Islamiah dan di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. | https://itqshhb.edu.bn/PublishingImages/BERITA%20TERKINI/WhatsApp%20Image%202024-11-16%20at%2011.32.49%20AM.jpeg | Published | Yes |  
Seramai 75 orang siswa-siswi telah menyertai Program Motivasi & Kepimpinan Islam Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan kerjasama dari Belia Da’ie Pusat Da’wah Islamiah. Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada hari Rabu, 6 November 2024 hingga hari Khamis, 7 November 2024 bertempat di Dewan Persidangan, Pusat Da’wah Islamiah dan di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Pada hari pertama, program dimulakan dengan sesi perkongsian bertajuk ‘Budaya Jahiliyyah di Era Digital: Adakah Kita Sedang Kembali Ke Masa Lalu?’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Siti Hurul-Ain Diyana binti Haji Abd Majid @ Vieana, penceramah program. Program diteruskan dengan aktiviti Ice Breaking, bengkel motivasi dan sesi pembentangan dari para peserta. Sesi petang diikuti dengan bengkel kepimpinan yang dikendalikan oleh Ustazah Najiah binti Abdullah, salah seorang fasilitator progam. Majlis Penutup Program Motivasi & Kepimpinan Islam ITQSHHB diadakan pada hari Khamis petang, bertempat di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Ali Sabri bin Haji Yusof, Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Qur’an, Surah An-Nisaa’, ayat 58 hingga ayat 59 yang disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Faiz Najwan bin Muhammad Saleh sementara intisari ayat dibacakan oleh Yang Mulia Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi diikuti dengan Lagu Kebangsaan dan sesi bergambar ramai. Majlis seterusnya diikuti dengan ucapan dari wakil Belia Da’ie iaitu Yang Mulia Hajah Rasyidah binti Osman, Ketua Urus Setia program dan disusuli dengan ucapan dari wakil Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat iaitu Yang Mulia Hadif Nazhan bin Idris, siswa Tahun 2. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan tayangan video dan tazkirah Da’ie Open Mic dari siswa-siswi Tahun 1. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil anugerah dan hadiah serta ucapan ikrar yang diketuai oleh Yang Mulia Muhammad Nur Safwan bin Awang Asli, siswa Tahun 2.
Disediakan oleh Ustazah Hazirah binti Haji Hazilan, Penolong Pensyarah Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat.
|
| | 11/20/2024 | Bandar Seri Begawan, Selasa, 17 Jamadilawal 1446 bersamaan 19 November 2024–
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah menganjurkan Majlis Takreem Thullab Al-Mutafawwiqeen pagi tadi bertempat di Musolla, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
| https://itqshhb.edu.bn/PublishingImages/BERITA%20TERKINI/IMG_3519.JPG | Published | Yes | 
Bandar Seri Begawan, Selasa, 17 Jamadilawal 1446 bersamaan 19 November 2024 -
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah menganjurkan Majlis Takreem Thullab Al-Mutafawwiqeen pagi tadi bertempat di Musolla, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Antara objektif majlis adalah untuk memberi penghargaan dan memberi pengiktirafan kepada siswa-siswi atas pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang sepanjang tahun. Di samping itu, untuk menyemarakkan semangat persaingan yang positif di kalangan pelajar di Institut berkenaan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah, Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek-Projek Khas Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang juga selaku Ahli Jawatankuasa Akademik dan Peperiksaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Turut hadir, Pemangku Pengetua, Timbalan-Timbalan Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta para pelajar dari sekolah-sekolah yang dijemput.
Atur cara majlis termasuk persembahan bacaan Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Muhammad Naufal Darwisy bin Abdullah, Siswa Diploma ‘Aliyah Qiraat Tahun 3. Diikuti dengan ucapan dari Yang mulia Awang Muhammad Ali Sabri bin Haji Yusof, Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan kemudiannya penyampaian hadiah dan anugerah kepada siswa-siswi cemerlang.
Yang Mulia Awang Ahmad Hamizan @ Ahmad Aidilridha bin Haji Laidin menerima Anugerah Ja’izah Khassah Littholib Al-Mithali. Anugerah ini adalah anugerah khas untuk siswa yang mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif 4.0 dalam modul Tahfiz Al-Quran, Qiraat Teori, Qiraat Amali, dan keseluruhan modul-modul Diploma ‘Aliyah Qiraat. Selain itu, penerima anugerah merupakan seorang siswa yang aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan di dalam dan di luar Institut. Penerima tersebut juga adalah antara penerima Elaun Ujian Tasmie 30 Juzuk Al-Quran.
|