MAJLIS PENERIMAAN SISWA-SISWI BAHARU DIPLOMA TERTINGGI ‘ALIYAH QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH 1445H / 2024M

Isnin, 27 Syawal 1445H bersamaan 06 Mei 2024M

Seramai 17 orang siswa dan 21 orang siswi telah mengikuti pengajian Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat ITQSHHB bagi kemasukan tahun 1445H bersamaan 2024M. Majlis penerimaan siswa-siswi berkenaan telah diadakan di Dewan Kuliah, kampus kekal ITQSHHB.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah, Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang juga selaku akli jawatankuasa Akademik dan Peperiksaan ITQSHHB.

 

 

 







2023 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam
PRIVACY POLICY   DISCLAIMER   TERM OF USE