
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, tahun 2024, ITQSHHB telah mengadakan Majlis 'Aidul Watan Al-Mubarak Semarak Hari Kebangsaan yang telah diadakan di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampong Sungai Akar.
Di samping Solat Magrib dan Isya’ Berjemaah, majlis juga disemarakkan dengan bacaan Surah Al-Mulk beramai-ramai, bacaan Doa Khatam, Doa Khas Sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 Tahun, Doa Allah Peliharakan Sultan, Sayyidul Istigfar dan Selawat Tafrijiyyah.
Majlis dihadiri pegawai-pegawai dan kakitangan ITQSHHB, para pelajar dan siswa-siswa serta orang ramai.