Majlis Haflut Takharruj ITQSHHB Kali Keenam dan Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Penubuhan ITQSHHB Tahun 1440H/2018M

Sabda

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri
 
Pada Majlis Haflut Takharruj Kali Keenam dan Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Penubuhan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2018
 
Bertempat Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Bandar Seri Begawan, pada hari Khamis, 10 Muharram 1440H bersamaan 20 September 2018M.


 
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillah Hir Rahman Nir Rahim
 
Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen Wassalaatu' Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihii Wasahbihee Ajma'een, Waba'du

 
SYUKUR ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin serta kurniaNya jua, kita dapat hadir dalam Majlis Haflut Takharruj kali ke-enam, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis berkebajikan lagi berkat ini adalah bagi meraikan tujuh belas orang graduan yang terdiri dari 12 siswa dan 5 siswi yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing selama tiga tahun di Institut ini.

Saya mengucapkan tahniah kepada para graduan, dan setinggi penghargaan juga kepada para ibu bapa dan penjaga, yang jelas terpancar keceriaan di wajah masing-masing di atas kejayaan anak mereka.

Justeru, para graduan janganlah sesekali melupakan pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa dan penjaga yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mereka baik dalam pendidikan mahupun bidang kerjaya yang akan diceburi.

Kejayaan para graduan pagi ini setentunya adalah juga merupakan kejayaan Institut dalam mengangkat martabat dan mutu pendidikan negara, khasnya dalam bidang Qiraat disamping bidang-bidang Syariah dan Usuluddin termasuk berbagai bidang ilmiah lainnya.

Kita mengharapkan Institut Tahfiz akan meneruskan usaha-usaha ke arah menjadikannya sebagai pusat kecermalangan ilmu yang mampu melahirkan insan terpelajar bagi mengisi ruang dan pelusuk ketamadunan ummah yang terbaik dan mulia di sisi masyarakat.

Bersukut dengan Majlis ini, kita juga sukacita meraikan Sambutan Jubli Perak penubuhan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
 
 
Sesuai dengan usianya dengan usianya yang matang, Saya penuh yakin Institut Tahfiz akan terus berekmbang maju sebagai sebuah intitusi Hafazan Al-Quran yang terunggul serta mampu melahirkan lebih ramai huffaz yang professional, progresif dan kompetif sejajar dengan perkembangan dan keperluan semasa.

Alhamdulillah, di sepanjang tempoh 25 tahun penubuhannya, Institut telah banyak meraih kejayaan khususnya dalam memenuhi tanggungjawabnya dari sudut social dan ummmah selaras dengan tuntutan fardu kifayah, di samping melahirkan lebih ramai para Hafiz Al-Quran bagi negara ini.

Usaha sedemikian ini adalah semata-mata untuk memastikan kesucian dan keaslian Al-Quran akan sentiasa terpelihara dari sebarang perubahan, pindaan dan pengurangan sepertimana jua firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Hijr ayat 9 yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya".

Pencapaian Institut sepanjang tempoh tersebut bukan sahaja tertumpu kepada kejayaan peranan terasnya sahaja, malah sebagaiman yang kita maklum pada setiap bulan Ramadhan terdapat peningkatan permintaan bagi pelajar-pelajar Institut ini untuk menjadi Imam sembahyang sunat Terawih di masjid-masjid.

Malahan, kita turut difahamkan bahawa pada tahun, Institut juga telah dapat memenuhi permintaan dari Negara Laos untuk menghantar seorang pelajar Imam bagi sembahyang sunat Terawih.

Pencapaian ini amatlah membanggakan dan boleh dijadikan sandaran Institut dalam merencana dan menyusun atur hala tuju program pengajian yang serba progresif serta saling mendokong usaha-usaha ke arah mencapai wawasan Brunei 2035.

Dalam hal ini, Institut Tahfiz adalah juga disarankan untuk terus berusaha dengan mengambil langkah-langkah yang perlu melalui penilaian dan pengemaskinian yang bersesuaian ke atas program yang dijalankan termasuk keperluan dari sudut struktur fizikal dan kemudahan sedia ada dengan dengan mengambil-kira kecendurangan kemasukan penuntut-penuntut baru yang semakin meningkat.

Tidak kurang pentingnya ialah keperluan untuk mengadakan program-program pengajian yang mampu mempersiapkan graduan yang marketable dan employable berpaksikan kepada Pelan Strategik komprehensif yang berupaya meletakkan Institut sentiasa berada di hadapan serta setaraf dengan institusi-institusi pengajian yang lain.

Salah satu lagi pencapaian ketara ialah dengan adanya 24 graduan yang sedang perkhidmatan sebagai tenaga pengajar di Institut ini.

Adalah menjadi harapan kita agara lebih ramai lagi graduan yang akan menyumbang perkhidmatan mereka dalam pelbagai bidang mata pelajaran yang kepakaran di Institut ini.

Kita sentiasa mengharapkan perkembangan positif seumpama ini akan terus dicapai di masa-masa mendatang pada menjunjung tinggi hasrat murni Paduka Ayahanda ke arah memartabatkan Al-Quran di negara ini, malahan menginginkan generasi yang celik Al-Quran serta memahami isi kandungannya.

Dalam hal ini, saya ingin terus menekankan kepada para graduan, baik apa pun pekerjaan atau profesyen yang bakal diceburi, supaya menjaga hafazan Al-Quran masing-masing.

Sepertimana jua sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasalam, dari Ibnu Umar Radiallahu Anhu:
 
"Perumpamaan orang yang hafal Al-Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika dia terus menjaga maka dia dapat terus memegangnya, dan jika dia lepaskan maka ia akan hilang".

Dalam masa yang sama, para graduan adalah dituntut untuk sentiasa menjaga akhlak dan keperibadian sebagai seorang hafiz dan hafizah.

Penghafaz Al-Quran hendaklah mewarisi akhlak Al-Quran sebagaimana jua Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam. Akhlak Baginda tersebut adalah seperti mana jawapan Sayyidatina Aisyah Radiallahu Anha, "Akhlak Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam adalah Al-Quran".
 
Justeru, seorang hafiz mestilah menjadi kaca yang padanya terpancar aqidah Al-quran nilai-nilainya, etika-etikanya dan akhlaknya.

Mereka selayaknya menjadikan diri mereka sebagai role model, sentiasa menjaga imej dirinya baik dari segi tingkah-laku keterampilan yang bersesuaian menurut nilai dan etika yang diajarkan Al-Quran.

 Akhirnya Saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang diraikan dan merakamkan penghargaan kepada para pensyarah-pensyarah atas kesungguhan dan kegigihan yang merupakan tunjang utama kepada kejayaan setiap graduan yang dianugerahkan Diploma A'aliyah Qiraat pada kali ini.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.​​​


2023 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam
PRIVACY POLICY   DISCLAIMER   TERM OF USE